Jumaat, 10 Februari 2012

Tentang DEMAM DENGGI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Selamat petang dan Salam 1Malaysia..

Di sini saya ingin kongsikan maklumat yang telah saya pelajari..
Jadi...
Hari ini mari lah kita belajar tentang 'DEMAM DENGGI'

huhuhu...
Harap2 ini dapat memberi faedah dan kebaikan untuk kita semua, Insya-Allah
^______^

APA ITU DEMAM DENGGI??

Ok, beberapa tahun kebelakangan ini, 
demam denggi kerap menjadi masalah kesihatan kepada semua orang. 
Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah 
yang menjadi punca utama kematian kanak-kanak akibat gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlaku selama 10 hari dan memerlukan masa yang
lama untuk sembuh sepenuhnya. Jika diperhatikan,
penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar berbanding luar bandar.



HIDUP SIHAT
 KELUARGA SEJAHTERA



TANDA-TANDA DEMAM DENGGI:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berlarutan.
  2. Sakit pada tulang, otot, sendi dan biji mata.
  3. Ruam merah di bahagian kulit.
  4. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung & gusi.
  5. Hilang selera makan.
  6. Muntah-muntah dan sakit perut.

JENIS-JENIS DEMAM DENGGI:


DENGGI DENGAN DEMAM BIASA
 Kerap berlaku dengan simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan selama satu hingga dua hari sahaja. Biasanya, pesakit tidak mengetahui dirinya dijangkiti virus denggi.

DEMAM DENGGI KLASIK
 Seseorang akan mengalami demam yang tinggi secara tiba-tiba dengan suhu mencecah 40'C. Sakit dan sengal pada sendi seluruh badan, sakit kepala dan sakit dalam bebola mata. Mual, muntah-muntah, pedih ulu hati, kurang selera makan dan cirit birit adalah simpton denggi yang sering diabaikan. Seseorang juga akan mengalami ruam kemerahan dan gatal-gatal yang mula timbul pada hari ketiga atau keepat selepas demam.

DEMAM DENGGI BERDARAH (DDB)
Ini adalah jenis demam denggi yang paling digeruni dan hanya 5% daripada DDB yang meninggal dunia. Seseorang akan mendapat DDB antara hari ketiga hingga ketujuh demam dengan tanda pendarahan pada gusi, hidung, mata, kencing berdarah, najis berdarah, batuk berdarah dan pendarahan pada kulit.

SINDROM KERENJATAN DENGGI (DSS)
Demam denggi yang paling berbahaya dengan kadar kematian yang amat tinggi akibat renjatan (pendarahan dalam paru-paru, perut dan kulit.


Sekian sahaja dan setakat ini sahaja dapat saya kongsikan bersama anda..

LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MERAWAT..
>.<

~BE SMILE~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan