Jumaat, 18 Januari 2013

Cerita pasal Budak Bringing :)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah akhir nya dapat juga kubuka my blog ni setelah sekian lama xbuka... 
(bkn lama xbuka.. lupa password da.. hahaha >.< )..

malu..malu.. malunyee...
hehehehe...

Sekarang sy da masuk semester 3 Sesi Disember 2012..
huhu..
ble tahan jer study dlm semester 3 ni... 
>.<

KISAH DALAM SEMESTER 3 NI..

HUHUHU..
>.<


Dalam kelas ku, budak Diploma 
seramai 12 orang termasuk diri sy jgk..
di tambah ngan budak baru seramai 18 orang..
 (di panggil budak bringing..)

Ya Allah, ramai nye student dalam
kelas DFP 3B ni..

campur sume 12 tambah 18 jadi 30
30 orang!!!

pening2...
hahaha...
tapi pening2 ni sekejap jer...
huhu...


Korang tau x kenapa mereka dipanggil budak bringing??
xtau??? nk tau x??
hehehe

SEBAB mereka dari Kolej Komuniti...
sbb tu la dipanggil budak bringing..
huhu..
( maaf la kalo sy xterangkn ngan jelas sebab2 mereka dipanggil budak bringing..huhu)

padahal sy bkn tahu 100% dan xtau mcm mana nk ckp ni...
huhu..

Sy ingin menceritakan bagaimana
rasanye mempunyai ramai kawan dalam satu kelas..
huhu..
mcm best jer kalu ramai kwn dlm kelas..
ntah perasaan jer ni..
hahaha

tau ke, dorg lebih tua dari sy..
alalala.. nasib la ada yg tua dari sy..
hohoho
>.<

okkk...
antara mereka yg paling sy suka bkawan
tu....
semua jgk kecuali sorg lelaki tu..
hehehehe...
xde la sampai xsuka...
ble jer tu..

yang paling sy suka ni..
kak yatie...
Nama Penuh nye Nurhayati Binti Ja'amat
>.<

sbb apa??
dia comel..hehehe..
(jangan terperasan bila baca ni.. >.<" huhu)

ada lagi,
antara mereka yg sy suka..
..
Kak Shima, Kak Mila, Kak Amrina, 
Shafiqah, Kak Laila, Kak Farah, Kak Soraya,
(sape lg ye?? huhuh...xpe2... 
lgpn sume budak bringing KAWAN sy jgk
kn?? ^___^ )

jangan mare tau kalu ada yg sy xsenaraikan nama ye..
lagipn susah bangat nak hafal nama2 kakak2 ni...
hehehehe..

tak dilupakan...

termasuk kawan2 sy jgk..
semua sy suka...
>.<

SAMA RATA SAMA ADIL KAN???


okkk...
tu jer sy nk cakap ni...
da abis merepek..
hahahaha..
>.<

SEKIAN 
TERIMA KASIH
DAN
ASSALAMUALAIKUM WBT.

-BE SMILE-
^___________________________^

Isnin, 2 Julai 2012

Assalamualaikum w.b.t..

alahai lama nye xupdatekn blog yg satu nie..
hehehehe..

buat masa nie mmg sy ''no idea''...
huhuhu...

xpee22....
skg nie cuti semester panjang da nk abis...
hitung2 hari da tggl 8 hari lg..
huhuhu...

ermmmm....
hepi??? sedih???
xtau la apa yg tgh bmain d fikiran sy nie..
yg sbtul nye----> bosan plak apabila cuti cepat abis!!

>.<

T.T

hehehehehe....

anak kucing yg sy sygi sebelum sy masuk sem1 kelas diploma,
popo nama nye... masa tu masi kecil lg.. maybe umur 2bulan gitu2 la...

skg ni da 1thn lebih umur dia...
hehehehe..
dan jgk da ada anak 2 ekor...
sayang nye sekor lg da mati selepas dilahirkn..

xpe22.. lgpn ada 2 ekor.. kn??
xpyh nk sedih22...
hehehehe...

naahhh... nie gmbr dia 

Si POPO..


hehehehe.. mata yg garang.. ~.~

anak2 nye nti la sy uploadkn selepas raya ye..
huhuhu...

........................................................................
*no idea again...
~.~

tu je...
huhu

Assalamualaikum n selamat petang
^_________________^

Jumaat, 10 Februari 2012

Hargai lah "HATI" agar Tubuh kekal Berfungsi

HARGAI LAH HATI
AGAR TUBUH
KEKAL
BERFUNGSI


"Mengapa dipandang remeh?
 Aku juga sepenting organ yang lain. 
Sayangilah aku.
 - HATI-

Assalamualaikum w.b.t..
Salam 1MALAYSIA...
^___^

Hari ini saya ingin menerangkan betapa penting nya untuk menjaga kesihatan HATI
kerana ia bertanggungjawab untuk mengelolakan hampir 500 fungsi tubuh.

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang KEPENTINGAN HATI kepada kita,
boleh baca di bawah...huhuhu,, >.<

Buat tatapan untuk kita semua..

Untuk menambah ilmu berkaitan BETAPA PENTINGNYA HATI
kepada tubuh badan kita...

.......................................................................................................

APAKAH ITU "HATI"?

Walaupun kewujudannya sering kali dilupakan, 
hati adalah antara organ terbesar di dalam tubuh manusia. 
Ia mempunyai saiz sebesar futbol dan berbentuk tiga segi.
 Hati terletak di bahagian atas abdomen kanan. 
Tahukah anda, berat hati boleh mencapai sehingga 1.4 - 1.8 kg?

Hati bekerja sepanjang masa, tanpa henti. Ia tidak pernah berhenti berfungsi. 
Hati telah mula berfungsi sebelum seseorang itu dilahirkan lagi 
(ketika bayi masih di dalam kandungan ibu).

Pentingnya hati kerana ia bertanggungjawab untuk mengelolakan hampir 500 fungsi tubuh. Hebatnya hati kerana kesemua fungsi ini bertindak dalam satu masa yang sama! Hati jarang memberi masalah, sebab itulah kita pandang remeh!


FUNGSI HATI

--> Bertindak untuk mengekalkan tenaga seseorang 
dan menyeimbangkan kolesterol dalam badan.
--> Merupakan tempat simpanan tenaga, vitamin, dan mineral.
--> Menghasilkan protein
--> Memusnahkan bahan toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh seseorang.
--> Memudahkan sistem penghadaman.
--> Detoks!
--> Baik untuk sistem imun tubuh dan
melindungi seseorang daripada serangan penyakit.
--> Menghasilkan hormon baik.


Oleh sebab ia tidak pernah 'buat perangai' walaupun ia sering diabaikan,
kesihatannya mudah terancam dalam diam. Dengan wujudnya virus di dalam hati,
seseorang itu boleh diserang Hepatitis B atau Hepatitis C.
Tahukah anda, hampir sejuta orang mati setiap tahun kerana
serangan Hepatitis?


PERGI!

Pergi jauh-jauh dari hatiku...
Ini adalah ancaman buat hati anda.
Berhati-hatilah dan sentiasa jaga kesihatan hati.
Andaikan ia bersuara, pasti ia meminta agar dilindungi dari
perkara-perkara berikut:-

Virus
Bakteria
Parasit
Alkohol
Bahan-bahan kimia seperti racun serangga
Pengambilan vitamin secara tidak terkawal
Pengumpulan Lemak
(dari tabiat makan tidak sihat)
Pengambilan ubat dari jenis hepatotoxic
Zat besi berlebihan


Adalah baik untuk anda berjumpa dengan doktor 
sekiranya anda mengalami simpton-simpton berikut. Ia mungkin petanda anda mendapat serangan penyakit hati:-

Seseorang itu akan mudah letih, mengalami diarea, muntah-muntah,
 dan turun berat badan secara mendadak apabila mula diserang penyakit hati. 
Selain itu, mereka juga mungkin mengalami perubahan warna kulit atau 
mata putih menjadi kuning, hilang selera makan, dan sering demam. 
Apabila anda sering gatal-gatal, asyik muntah, dan cenderung untuk
 mengalami rasa sakit pada bahagian kanan abdomen, baik berjaga-jaga. 
Jumpalah doktor segera!


Simpton lain yang memberi tanda anda berkemungkinan menghidap penyakit hati
 adalah seperti mengalami pembengkakan pada pergelangan kaki, 
kecenderungan untuk terluka atau mengalami lebam dengan mudah. 
Perhatikan air kencing anda, adakah ia berwarna keruh seperti teh 'O'?
 Itu juga satu petanda.


PENYAKIT HATI PALING "POPULAR"
--> Hepatitis A
--> Hepatitis B
--> Hepatitis C
--> Sirosis hati
--> Kanser hati


Jika anda mendapat serangan penyakit hati, berkemungkinan anda akan
 mengalami masalah-masalah seperti pendarahan pada variceal, 
kegagalan buah pinggang untuk berfungsi, mudah mendapat jangkitan kuman pada hati, 
dan kecenderungan untuk mudah terluka.

Kegagalan hati untuk berfungsi kadangkala memerlukan pemindahan hati.
 Ia bukanlah sesuatu yang bagus kerana proses ini umpama permulaan untuk masalah baru. 
Terlalu banyak ubat yang harus diambil bagi memastikan hati baru berfungsi dengan baik.



JAGALAH HATIMU
Berjumpalah dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan
 mencegah serangan penyakit hati sedari awal.
 Bukankah mencgah itu lebih baik daripada merawat?



BAGAIMANA MENJAGA HATI

CARA
--> Makan dengan cara yang betul

KETERANGAN
 Untuk memastikan hati anda berfungsi dengan baik, anda digalakkan untuk mengamalkan diet seimbang yang terdiri daripada sayur-sayuran, buah, dan protein. Lemak dan karbohidrat yang berlebihan boleh melemahkan fungsi hati. Makan dalam kuantiti yang kecil untuk memudahkan penghadaman dan tidak 'menyesakkan' keadaan hati.

--> Jangan ambil alkohol

KETERANGAN
Kurangkan atau elakkan terus pengambilan alkohol. Alkohol adalah wain, bir, champagne, dan minuman koktail.

--> Kawal pengambilan ubat

KETERANGAN
Ambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor sahaja dan jangan berlebihan. Pengambilan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan hati.

--> Elakkan bahan kimia

KETERANGAN
Hindarkan bahan kimia seperti penyembur serangga, cat, pewangi kereta, dan apa sahaja jenis semburan berkimia.

--> Senaman

KETERANGAN
Dengan bersenam, penurunan berat badan dapat dilakukan. Ini dapat mengelakkan pengumpulan lemak di hati.

--> Pengambilan suplemen

KETERANGAN
Dapatkan nasihat dari doktor untuk mengambil suplemen terbaik. Suplemen bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi memberi kebaikan kepada kecantikan kulit juga. Bukankah ia satu bonus?



"Jagalah hati anda. Ia tidak minta banyak,
 sekadar dijaga dari awal.
 Amalkan cara hidup sihat dan 
ambil makanan berkhasiat.
 Dengan apa yang dilakukannya 
dalam tempoh 24 jam, tujuh hari seminggu, 
dan 365 hari setahun,
tidakkah kita patut menghargainya?" 
- Pro. Dr. Loong Yik Yee

Tentang DEMAM DENGGI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Selamat petang dan Salam 1Malaysia..

Di sini saya ingin kongsikan maklumat yang telah saya pelajari..
Jadi...
Hari ini mari lah kita belajar tentang 'DEMAM DENGGI'

huhuhu...
Harap2 ini dapat memberi faedah dan kebaikan untuk kita semua, Insya-Allah
^______^

APA ITU DEMAM DENGGI??

Ok, beberapa tahun kebelakangan ini, 
demam denggi kerap menjadi masalah kesihatan kepada semua orang. 
Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah 
yang menjadi punca utama kematian kanak-kanak akibat gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlaku selama 10 hari dan memerlukan masa yang
lama untuk sembuh sepenuhnya. Jika diperhatikan,
penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar berbanding luar bandar.



HIDUP SIHAT
 KELUARGA SEJAHTERA



TANDA-TANDA DEMAM DENGGI:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berlarutan.
  2. Sakit pada tulang, otot, sendi dan biji mata.
  3. Ruam merah di bahagian kulit.
  4. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung & gusi.
  5. Hilang selera makan.
  6. Muntah-muntah dan sakit perut.

JENIS-JENIS DEMAM DENGGI:


DENGGI DENGAN DEMAM BIASA
 Kerap berlaku dengan simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan selama satu hingga dua hari sahaja. Biasanya, pesakit tidak mengetahui dirinya dijangkiti virus denggi.

DEMAM DENGGI KLASIK
 Seseorang akan mengalami demam yang tinggi secara tiba-tiba dengan suhu mencecah 40'C. Sakit dan sengal pada sendi seluruh badan, sakit kepala dan sakit dalam bebola mata. Mual, muntah-muntah, pedih ulu hati, kurang selera makan dan cirit birit adalah simpton denggi yang sering diabaikan. Seseorang juga akan mengalami ruam kemerahan dan gatal-gatal yang mula timbul pada hari ketiga atau keepat selepas demam.

DEMAM DENGGI BERDARAH (DDB)
Ini adalah jenis demam denggi yang paling digeruni dan hanya 5% daripada DDB yang meninggal dunia. Seseorang akan mendapat DDB antara hari ketiga hingga ketujuh demam dengan tanda pendarahan pada gusi, hidung, mata, kencing berdarah, najis berdarah, batuk berdarah dan pendarahan pada kulit.

SINDROM KERENJATAN DENGGI (DSS)
Demam denggi yang paling berbahaya dengan kadar kematian yang amat tinggi akibat renjatan (pendarahan dalam paru-paru, perut dan kulit.


Sekian sahaja dan setakat ini sahaja dapat saya kongsikan bersama anda..

LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MERAWAT..
>.<

~BE SMILE~


Isnin, 16 Januari 2012

Kehidupan sbagai Pljr Sijil Khas..

Assalamualaikum... ^_^

skg ni sy sedikit rasa tertekan apabila amik kos rekabentuk fesyen dan pakaian..
xpela....
dont give up!! hehe..
plez cheer me up!! ok?? huhu...

best nye kalo sy amik kos hotel dan katering.. sukanye memasak ni..
sebab apa sy suka memasak???
tau k?? hehe
sebabnye apabila kita memasak, makanan yg kta masak tu kita boleh bwa balik ke kamsis..
kn bagus dpt jimat duit beli makanan utk tengah hari..hehe..
mst ada yg setuju ngan apa yg sy cakapkan?? kan?? hehe..

nk tgok k gmbr sy memakai pakaian memasak?? hehe..
tapi hodoh sgt la..
sebab apa??
kasut bengkel punye pasal.. da la nmpk besar..
bt badan sy nmpk kecik aje kalo pakai kasut tu.. huhu..
satu lg, sy xsuka la pakai tudung warna putih sebab bt muka sy nmpk hitam..hehe..

ni la gmbr sy memakai pakaian memasak..
lucu kan?? hehe

alangkah best nye kalo sy terus amik sijil khas selama 2 tahun lps tu baru la sambung diploma tapi...
sy xsuka la lama2 blajar..hehehe...

ada lg gmbr2 kenangan semasa sy masi blajar sijil khas..
nk tgok k?? >.<

 hehe.. xbepa cantik susunan buah2an..huhu

 ni hajar ngan susunan buah2annye..

 ni Fazlina...

sori la ye.. setakat ni je dpt sy amik gmbr dr kwn2 sy.. yg lain blum sempat sy nk snap..


ni la susunan buah2an yg dihasilkan oleh kwn2 sy.. ^_^

ni plak dr pensyarah.. cantik kn?? nmpk kemas..
huhu..
kami plak masukkan sume jenis buah2an..hehehe..
xtau bagaimana nk hiaskn..janji ada pelbagai jenis..hehehe
>.<

sori la gmbr ni blurr sikit..hehe
ni bgmbr ngan pensyarah sbagai gmbr kenangan..masa tu dkt cuti sem...
hehe..
rindu nye dan tringin sgt hendak mbuat piza n donut!!!
>.<

semoga kenangan yg sy peroleh sbagai Pelajar Sijil Khas sentiasa tpahat d hati sy..
sy sayangkn sume kwn2 sy n pensyarah2 yg telah mgajar sy...
>.<

Selasa, 27 Disember 2011

Wah!! Malam ni xdpt tdor!!! ada lg tugasan yg perlu disiap dan hantar pada ari Khamis minggu ni!! 
argghhhh!! 
T.T macam mana la sy nk siapkn ni.. sy xbrape pandai mlukis... pening2 @.@

xpe2.. kena bsabar dlm mbuat tugasan..
kena bkorban demi masa depan dan family..
rindu nye mak bapak..


rindu jgk sama anak saudara MUHAMMAD ADIB FAUZAN


skg ni da ad 4 gigi d bawah dan atas..huhu... nti masukkan gmbr tbaru nye..
Insya-Allah >.<

rindu jgk kwn rapat.. V.HELMINAH MIKEL RUDY

walaupn xsama politeknik, dia tetap kwn rapat sy.. ^__^

rindu jgk kucing ksayangan..
hehehe


Isnin, 26 Disember 2011

Assalamualaikum w.b.t..
wah!! penatnya mgemas meja belajar dan bilik tidur... td pagi sy pegi Pasir Gudang bsama kwn baik sy iaitu Eamie utk mbeli brg2 keprluan.......


ni la Eamie.. cantik kan?? huhu... sy bkenalan ngan dia semasa sy masuk tingkatan 6.. masa tu sy masi blum dpt apa2 surat tawaran dari mana2 politeknik... mmg la sedih krn tpaksa masuk form6 tp stelah bkwn ngan dia ni, sy trasa ingin brada d sisi nya stiap masa.. ni krn sy xpnh mpunyai kwn sperti dia.. kwn2 sy yg lain sgt berbeza ngan dia.. huhu.. xtau la mcm mana nk ckp ni pasal apa sy lebih suka bkwn ngan dia drpd kwn lain.. tp sy tetap bkwn ngan kwn2 yg lain..

dia ni bmasalh pendengaran sperti sy.. tp pcakapan dia lmbt sikit...tp xkisah la kn?? semua manusia sama aje.. ada jgk org yg mpunyai kelebihan dan kekurangan dlm diri masing2..huhu..

alahai, bsok da nk pegi kelas..xble k diberi cuti 2 ari?? penat plak.. dan tugasan yg perlu dihtr bsok tu sy lum siap lg.. huwaaa!!!! T.T takutnya!!! bayangkn la bagaimana muka pensyarah yg pada bila2 masa nk meletup kalo xsiapkn tugasan... 

sy sikit trasa nk berubah fikiran.. sy mcm nk kembali ambil sijil khas je drpd mgambil diploma krn sy xbiasa bkomunikasi ngan org normal.. sy ni jenis pemalu n xtau bagaimana nk memulakn pbualan ngan mereka.. xsperti Eamie.. dia berani n xpemalu..walaupn pckpn nye lmbt tp masi pandai bkomunikasi ngan org normal...

tau knape sy xberani atau pn takut nk mulakn pbualan?? ni kerana sy takut mgkin apa yg sy katakn, nti org normal xpaham plak.. buat malu la.. lgpn sy xbrape pandai cakap semenanjung... kadang2 sy cakap loghat sabah.. biasa la.. da tbiasa ckp guna loghat sabah.. kn sy stiap ari slalu b'bual ngan org pekak mggunakn bahasa isyarat, tu la sy xguna cakap.. so org pekak paham la apa yg sy nk kata.. tp apabila bcakap ngan org normal, susah btul bg sy utk mulakn pbualan..

tapi sy kena juga jadi berani sperti Eamie..
Insya-Allah....

^_________________^
BE SMILE!!