Jumaat, 10 Februari 2012

Hargai lah "HATI" agar Tubuh kekal Berfungsi

HARGAI LAH HATI
AGAR TUBUH
KEKAL
BERFUNGSI


"Mengapa dipandang remeh?
 Aku juga sepenting organ yang lain. 
Sayangilah aku.
 - HATI-

Assalamualaikum w.b.t..
Salam 1MALAYSIA...
^___^

Hari ini saya ingin menerangkan betapa penting nya untuk menjaga kesihatan HATI
kerana ia bertanggungjawab untuk mengelolakan hampir 500 fungsi tubuh.

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang KEPENTINGAN HATI kepada kita,
boleh baca di bawah...huhuhu,, >.<

Buat tatapan untuk kita semua..

Untuk menambah ilmu berkaitan BETAPA PENTINGNYA HATI
kepada tubuh badan kita...

.......................................................................................................

APAKAH ITU "HATI"?

Walaupun kewujudannya sering kali dilupakan, 
hati adalah antara organ terbesar di dalam tubuh manusia. 
Ia mempunyai saiz sebesar futbol dan berbentuk tiga segi.
 Hati terletak di bahagian atas abdomen kanan. 
Tahukah anda, berat hati boleh mencapai sehingga 1.4 - 1.8 kg?

Hati bekerja sepanjang masa, tanpa henti. Ia tidak pernah berhenti berfungsi. 
Hati telah mula berfungsi sebelum seseorang itu dilahirkan lagi 
(ketika bayi masih di dalam kandungan ibu).

Pentingnya hati kerana ia bertanggungjawab untuk mengelolakan hampir 500 fungsi tubuh. Hebatnya hati kerana kesemua fungsi ini bertindak dalam satu masa yang sama! Hati jarang memberi masalah, sebab itulah kita pandang remeh!


FUNGSI HATI

--> Bertindak untuk mengekalkan tenaga seseorang 
dan menyeimbangkan kolesterol dalam badan.
--> Merupakan tempat simpanan tenaga, vitamin, dan mineral.
--> Menghasilkan protein
--> Memusnahkan bahan toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh seseorang.
--> Memudahkan sistem penghadaman.
--> Detoks!
--> Baik untuk sistem imun tubuh dan
melindungi seseorang daripada serangan penyakit.
--> Menghasilkan hormon baik.


Oleh sebab ia tidak pernah 'buat perangai' walaupun ia sering diabaikan,
kesihatannya mudah terancam dalam diam. Dengan wujudnya virus di dalam hati,
seseorang itu boleh diserang Hepatitis B atau Hepatitis C.
Tahukah anda, hampir sejuta orang mati setiap tahun kerana
serangan Hepatitis?


PERGI!

Pergi jauh-jauh dari hatiku...
Ini adalah ancaman buat hati anda.
Berhati-hatilah dan sentiasa jaga kesihatan hati.
Andaikan ia bersuara, pasti ia meminta agar dilindungi dari
perkara-perkara berikut:-

Virus
Bakteria
Parasit
Alkohol
Bahan-bahan kimia seperti racun serangga
Pengambilan vitamin secara tidak terkawal
Pengumpulan Lemak
(dari tabiat makan tidak sihat)
Pengambilan ubat dari jenis hepatotoxic
Zat besi berlebihan


Adalah baik untuk anda berjumpa dengan doktor 
sekiranya anda mengalami simpton-simpton berikut. Ia mungkin petanda anda mendapat serangan penyakit hati:-

Seseorang itu akan mudah letih, mengalami diarea, muntah-muntah,
 dan turun berat badan secara mendadak apabila mula diserang penyakit hati. 
Selain itu, mereka juga mungkin mengalami perubahan warna kulit atau 
mata putih menjadi kuning, hilang selera makan, dan sering demam. 
Apabila anda sering gatal-gatal, asyik muntah, dan cenderung untuk
 mengalami rasa sakit pada bahagian kanan abdomen, baik berjaga-jaga. 
Jumpalah doktor segera!


Simpton lain yang memberi tanda anda berkemungkinan menghidap penyakit hati
 adalah seperti mengalami pembengkakan pada pergelangan kaki, 
kecenderungan untuk terluka atau mengalami lebam dengan mudah. 
Perhatikan air kencing anda, adakah ia berwarna keruh seperti teh 'O'?
 Itu juga satu petanda.


PENYAKIT HATI PALING "POPULAR"
--> Hepatitis A
--> Hepatitis B
--> Hepatitis C
--> Sirosis hati
--> Kanser hati


Jika anda mendapat serangan penyakit hati, berkemungkinan anda akan
 mengalami masalah-masalah seperti pendarahan pada variceal, 
kegagalan buah pinggang untuk berfungsi, mudah mendapat jangkitan kuman pada hati, 
dan kecenderungan untuk mudah terluka.

Kegagalan hati untuk berfungsi kadangkala memerlukan pemindahan hati.
 Ia bukanlah sesuatu yang bagus kerana proses ini umpama permulaan untuk masalah baru. 
Terlalu banyak ubat yang harus diambil bagi memastikan hati baru berfungsi dengan baik.



JAGALAH HATIMU
Berjumpalah dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan
 mencegah serangan penyakit hati sedari awal.
 Bukankah mencgah itu lebih baik daripada merawat?



BAGAIMANA MENJAGA HATI

CARA
--> Makan dengan cara yang betul

KETERANGAN
 Untuk memastikan hati anda berfungsi dengan baik, anda digalakkan untuk mengamalkan diet seimbang yang terdiri daripada sayur-sayuran, buah, dan protein. Lemak dan karbohidrat yang berlebihan boleh melemahkan fungsi hati. Makan dalam kuantiti yang kecil untuk memudahkan penghadaman dan tidak 'menyesakkan' keadaan hati.

--> Jangan ambil alkohol

KETERANGAN
Kurangkan atau elakkan terus pengambilan alkohol. Alkohol adalah wain, bir, champagne, dan minuman koktail.

--> Kawal pengambilan ubat

KETERANGAN
Ambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor sahaja dan jangan berlebihan. Pengambilan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan hati.

--> Elakkan bahan kimia

KETERANGAN
Hindarkan bahan kimia seperti penyembur serangga, cat, pewangi kereta, dan apa sahaja jenis semburan berkimia.

--> Senaman

KETERANGAN
Dengan bersenam, penurunan berat badan dapat dilakukan. Ini dapat mengelakkan pengumpulan lemak di hati.

--> Pengambilan suplemen

KETERANGAN
Dapatkan nasihat dari doktor untuk mengambil suplemen terbaik. Suplemen bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi memberi kebaikan kepada kecantikan kulit juga. Bukankah ia satu bonus?



"Jagalah hati anda. Ia tidak minta banyak,
 sekadar dijaga dari awal.
 Amalkan cara hidup sihat dan 
ambil makanan berkhasiat.
 Dengan apa yang dilakukannya 
dalam tempoh 24 jam, tujuh hari seminggu, 
dan 365 hari setahun,
tidakkah kita patut menghargainya?" 
- Pro. Dr. Loong Yik Yee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan